Sunday 10 April 2011


KURSUS ASAS TABUNG HAJI


KAWASAN SOLAT MASJID BAGI JEMAAH LELAKI

BILIK WUDHU'

KAWASAN HADAPAN MASJID SULTANAH HAMINAH

BILIK MENSYUARAT DAN BILIK ELEKTRIK

KAWASAN SOLAT UNTUK JEMAAH PEREMPUAN

KAWASAN MASJID SULTANAH HAMINAH

PERMANDANGAN SUDUT HADAPAN MASJID

MASJID SULTANAH HAMINAH

ANTARA KAWASAN INDAH MASJID SULTANAH HAMINAH

BILIK WUDHU'

DARI SUDUT HADAPAN MASJID

PINTU HADAPAN MASJID SULTANAH HAMINAH

Monday 4 April 2011

assigment ctu


TAJUK :
KEGIATAN DAN AKTIVITI MASJID SULTANAH HAMINAH TERHADAP ANAK KARIAH TANJUNG RADEN,PENDANG KEDAH DARUL AMAN DAN SEKITARNYA.


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551

DISEDIAKAN OLEH :
Noor Shamiza binti Zainol
No Matrik : 2010853116
Kumpulan :BMB2Bb
PROGRAM:Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)

TARIKH HANTAR :20 Mac 2011


ISI KANDUNGAN

1.Isi kandungan
2.Pendahuluan
4.Pengenalan masjid
5.Latar belakang masjid
6.Carta organisasi masjid
7.Pengenalan peranan utama masjid
8.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid
9.Masalah dimasjid Sultanah Haminah
10.Penyelesaian masalah –masalah
11.Kesimpulan
12.Rujukan


PENDAHULUAN

Alhamdulillah segala pujian saya panjatkan kepada ALLAH s.w.t kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan.Sekali lagi,segala puji bagi ALLAH Tuhan pentadbir sekalian alam. Dengan limpah kurniaanNya saya diberi kesempatan untuk menulis esei yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti di Masjid Sultanah Hamimah.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin kerana memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menjayakan kerja kursus ini.Tugasan yang diberi ialah mengenai  kegiatan  surau atau masjid kariah terhadap anak kariah.Dengan ini,saya telah memilih masjid di kawasan kediaman saya iaitu masjid Sultanah Haminah yang terletak di daerah Pendang,Kedah Darul Aman.Pada cuti semester yang lepas, saya telah menemuramah salah seorang imam di masjid ini iaitu Imam Haji Abdul Hamid bin Haji Awang.


PENGENALAN MASJID

Masjid merupakan rumah Allah s.w.t. Mengimarahkan masjid, sememangnya ibadah umat Islam kepada Allah S.W.T. Di masjid dengan amalan sembahyang berjemaah, darjat pahalanya diangkat 27 kali ganda berbanding solat secara individu di rumah atau di tempat kerja.

Masjid adalah medium untuk mensucikan diri, tempat tarbiyah terbaik, latihan jiwa,untuk tujuan zikir bagi mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Di zaman Rasullullah s.a.w,masjid bukan sekadar tempat para sahabat berkumpul berjemaah. Masjid adalah pusat pentadbiran, pusat sosialisasi masyarakat, pusat kegiatan ekonomi, muamalat, pusat kaunseling, tempat terbaik untuk mempupuk ukhwah dan semangat ummah.Pembinaan Masjid pada zaman awal era Islam hanyalah berbumbungkan pelepah tamar, dibina pada kadar yang paling asas, tetapi pengisiannya yang sangat hebat.

Sebagai contoh jiwa pejuang seperti Ali Abi Thalib, Umar Al-Khattab, Ubaidah Al-Jarrah, Saad Abi Waqas dilahirkan di Masjid. Bezanya masjid dalam zaman kini, masjid begitu hebat, tersergam indah, ribuan masjid didirikan, hiasan dalamannya dengan permaidani.Sistem audio begitu hebat, tetapi azan yang dikumandangkan oleh muazin gagal menyaingi kehebatan, kelunakan suara original penghuni syurga Bilal Rabah.

Masjid era moden seolah-olah binaan ritual, dikunjungi sekali-sekala, oleh golongan pencen dan sudah berusia. Diimarahkan dengan begitu hebat pada minggu pertama awal Ramadhan, dilauti apabila sembahyang sunat Aidilfitri dan Aidiladha.Masjid juga sudah menjadi tempat bertekak untuk menyatakan siapa lebih Islam, sehingga persoalan dua imam timbul.
Masjid sepi, dikunci setelah selesai sembahyang fardhu. Masjid kurang berdaya saing dalam menganjurkan aktiviti setempat, apa tidaknya, imam sendiri tinggal di mukim atau daerah lain, kadangkala hanya menjadi imam de facto, sedangkan beliau sendiri gagal hadir untuk mengimamkan sembahyang fardhu berjemaah.Kembalikan kehebatan peranan dan institusi masjid, agar watak-watak hebat, pejuang Islam sebenar muncul hasil tarbiyah, asuhan dan didikan dari institusi masjid ini.





LATAR BELAKANG MASJID SULTANAH HAMINAH




Masjid Sultanah Haminah ,Daerah Pendang Kedah Darul Aman telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ,Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hari Rabu iaitu 8 Rabiul Awal 1425 bersamaan 28 April 2004.Masjid ini terletak di antara Pekan Pendang dan Tanah Merah beralamat di kampung Banggol Besi,Pendang Kedah Darul Aman.Suasana masjid ini amat cantik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tempat solat yang berhawa dingin,kemudahan tempat letak kereta dan motosikal,tempat berwuduk lelaki dan wanita,ruang solat yang selesa,bilik mesyuarat,bilik elektrik dan ‘water cooler’.Masjid ini juga dibekalkan dengan kemudahan cctv bagi mengelakkan kecurian berlaku.






Masjid Sultanah Haminah dapat menampung 2000 orang jemaah pada satu-satu masa.Ruang solat yang disediakan sangat luas dan mencukupi bagi jemaah yang hadir.Selain itu,dalam kawasan ruang solat turut disediakan kemudahan seperti telekung,al-quran dan rehal.


Kawasan masjid ini sangat cantik dan bersih dihiasi dengan pohon-pohon tamar dan pokok hiasan yang sangat cantik.Masjid ini diilhamkan bersempena dengan nama Sultanah negeri Kedah iaitu Sultanah Haminah Hamidun.Tapak asal kawasan masjid ialah kawasan sawah dan kepunyaan individu yang berasal dari kampung tersebut.Setelah itu, kawasan tanah tersebut dibeli oleh Sultan negeri Kedah.Masjid ini tertumpu kepada qariyah Kampung Tanjung Radin.Masjid ini dibina bagi menampung jumlah qariyah yang semakin ramai dari semasa ke semasa.



Masjid ini mendapat sumber kewangan daripada tabung mingguan.Sumbangan orang ramai digunakan sepenuhnya bagi menampung dana pengajian yang telah ditetapkan oleh organisasi masjid yang mana dijadikan sebagai bayaran gaji kepada guru agama yang mengajar di masjid tersebut.Selain itu,masjid Sultanah Haminah mendapat peruntukan dari Pejabat Zakat Daerah Pendang.Dana kewangan yang diperoleh selalunya digunakan untuk menampung kekurangan masjid seperti kos penyelenggaraan kerosakan masjid,bil elektrik,bil air dan sebagainya.Selain itu,masjid ini juga mendapat sumbangan daripada pihak baitulmal dan ahli-ahli korporat yang dirahsiakan identiti mereka di atas permintaan mereka sendiri.Dana-dana yang disumbangkan digunakan sepenuhnya untuk kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi masjid kepada qariyah Masjid Kampung Tanjung Radin.Program yang dianjurkan bukan sahaja menarik perhatian masyarakat setempat malah seluruh masyarakat di daerah pendang,Kedah Darul Aman.Sumbangan utama diperolehi oleh Sultan sendiri di mana Baginda selalu mencemar duli bagi menghadiri program yang telah dianjurkan.Baginda merupakan seorang sultan yang berjiwa rakyat dan membantu segala keperluan yang diperlukan oleh organisasi masjid ini.








CARTA ORGANISASI MASJID SULTANAH HAMINAH

Ahli jawatankuasa masjid Sultanah Haminah terdiri daripada dua orang Penasihat iaitu Tuan pegawai Daerah Pendang dan Tuan pegawai Agama Daerah Pendang.Masjid ini dipengerusikan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Mahmud dan dibantu oleh timbalan pengerusinya iaitu Haji Adam bin Haji Yahya.Setiausaha Masjid Sultanah Haminah ialah Haji Md Nor bin Ahmad dan bendaharinya ialah Haji Zakaria bin Haji Awang.



Ahli jawatankuasa yang lain ialah Haji Mad Rejab bin Haji Daud,Haji Yob bin Haji Awang dan Haji Syukri bin Haji Senawi.Jawatankuasa tugas-tugas am pula terdiri daripada Ismail bin Zulkifli,Talib bin Mahmud,Haji Abu Bakar bin Haji Long dan Abu Bakar bin Said.Manakala pegawai masjid pula terdiri daripada imam,siak dan bilal iaitu imam ialah Haji Abu Bakar bin Mahmud,bilal ialah Haji Nawawi bin Haji Puteh dengan Aliyais bin Haji Awang dan siak iaitu Ali bin Haji Mahmud dan Abdul Rahman bin Haji Jaafar.


PENGENALAN PERANAN UTAMA MASJID

Dalam sebuah pendapat mengatakan bahawa pada masa kini fungsi masjid bukan hanya untuk ditunaikan solat semata-mata, tetapi mencakupi seluruh aspek ibadah yang lain. Dalam erti kata lain, ia merangkumi segala aktiviti umat Islam yang boleh membentuk nilai ketakwaan kepada Allah S.W.T. Di atas dasar inilah Rasulullah S.A.W. menjadikan agenda membina masjid sebagai perkara pertama yang dilakukan selepas baginda sampai di Madinah.

Justeru, fungsi utama masjid ialah sebagai sebuah institusi umat Islam yang berusaha membentuk dan memupuk nilai taqwa di dalam diri umat Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,"Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid (Quba) yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."

Oleh sebab itu, peranan yang dimainkan oleh masjid nabawi yang dibina oleh Rasulullah s.a.w bukan sekadar sebagai tempat untuk menunaikan solat semata-mata.




Sebagai contoh, Masjid di zaman Rasulullah telah berfungsi sebagai nadi penggerak ummah ketika itu.

Beberapa fungsi yang telah dimainkan oleh masjid di zaman Rasulullah s.a.w dapat diringkaskan seperti berikut:

1) Solat berjemaah
2) Pusat pengajaran dan pembelajaran
3) Pusat Pentadbiran
4) Pusat Kehakiman
5) Pusat Penerangan dan Maklumat
6) Pusat Perhubungan
7) Pusat Kebajikan
8) Pusat Rawatan dan Kecemasan
9) Pusat Interaksi Masyarakat




AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID SULTANAH HAMINAH

Masjid merupakan pusat dan nadi kegiatan dan perpaduan ummah di mana pelbagai aktiviti turut diadakan sama ada berbentuk kerohanian mahupun keduniaan seperti program yang menyentuh perhubungan di antara manusia dengan Penciptanya dan perhubungan manusia sesama manusia dalam menguruskan perkara yang berkaitan keagamaan, sosial, ekonomi, keilmuan dan kenegaraan.Walau apa pun bentuk program yang dijalankan, pastinya tujuan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai pengimarahan masjid, yang pastinya mendatangkan kesan positif kepada umat Islam terutamanya masyarakat dan jemaah di sekitarnya.


Terdapat empat jenis bentuk aktiviti yang dijalankan di masjid ini seperti:


1. Berbentuk harian;
2. Bentuk mingguan;
3. Bentuk bulanan; dan
4. Bentuk tahunan.

Antara aktiviti Bentuk Harian masjid Sultanah Haminah ialah seperti:

a) Kuliah Maghrib;
Masa: Antara maghrib dan isya' (setiap hari)
b) Kuliah Subuh;
Masa: Selepas solat Subuh selama 30 minit.
c) Kelas Tahfiz;
Masa: 2.30 ptg hingga Asar (kecuali Jumaat dan Sabtu)
d) Tazkirah Asar
Masa: 10 - 20 minit selepas Asar.

Aktiviti Bentuk Mingguan Sultanah Haminah ialah:

a) Kelas Al-Quran Lelaki dewasa;
Masa: malam ahad, isnin, selasa dan rabu
b) Kelas Lughatul Quran Wanita Dewasa;
Masa: Ahad jam 9.30 am - 12.00 tengahari
Umur: 30 - 60 tahun
c) Kelas Tafakkuh Fid-Din Lelaki Dewasa
Masa: Rabu; jam 9.00 - 12.00 tengahari
d) Qiamullail
Masa: 4.30 pagi (Pagi Jumaat)


Aktiviti Bentuk Bulanan

~ Program seperti Sambutan Maulidul Rasul, Isra' Mi'raj, Awal Muharam, Hari Keputeraan Duli Yang Di Pertuan Agung, Hari Keputeraan Sultan KEDAH, Hari Pertabalan Sultan Kedah,kursus haji dan sebagainya.

~ Untuk sambutan program-program yang tersebut di atas, bacaan yasin dan tahlil serta doa selamat akan diadakan kecuali sambutan Maulidul Rasul, Isra' Mi'raj dan Awal Muharam di mana ceramah agama serta jamuan ringan akan diadakan.





Aktiviti Bentuk Tahunan

a) Program Ihya' Ramadhan;
- Majlis Berbuka Puasa
- Majlis Khatam Al-Quran;
Masa: setiap 27 Ramadhan setiap tahun dan disusuli
dengan berbuka puasa.
- Sembahyang Terawikh 30 Juzuk
- Tadarus Al-Quran
Masa: Lepas Terawikh - 11.30 malam.
- Qiyamullail
Masa: 10 hari terakhir di bulan Ramadhan, 3.00 pagi




MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PIHAK MASJID

Antara masalah yang dihadapi oleh pihak masjid ialah mengenai fahaman politik yang berbeza pendapat dalam kalangan anak qariyah.Seterusnya ialah pembaziran sumber kewangan.Selain itu,
keselamatan anak-anak qariyah terancam apabila hak milik peribadi seperti kehilangan barang peribadi,motosikal dan barang-barang lain semasa solat.

CARA PENYELESAIAN
Ahli jawatankuasa Masjid Sultanah Haminah mengadakan Program ziarah mingguan ke rumah anak-anak qariyah bertujuan mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain.Selain itu,bagi mengelakkan kes kecurian berulang,pihak masjid memasang cctv.Ahli Jawatankuasa Masjid juga turut mengadakan mensyuarat secara komitmen dalam mempertingkatkan lagi organisasi masjid.Pihak organisasi mengharapkan segala masalah yang berlaku dapat diatasi bersama-sama dengan mencapai kata sepakat yang utuh.Antara cabaran lain yang dihadapi ialah mencari pelapis untuk masa hadapan dan meningkatkan jemaah dalam waktu solat.Pihak jawatankuasa masjid Sultanah Haminah berharap agar jumlah jemaah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN
Masjid merupakan tunjang utama dalam pembangunan masyarakat kerana dengan cara ini masjid dapat menyuburkan dan mengukuhkan Islam dalam hati masyarakat.Bahkan,masjid dapat dijadikan pusat menghimpunkan pelbagai aktiviti tanpa mengira usia.Melalui kajian ini,saya telah memperoleh pelbagai manfaat apabila dapat memahami institusi masjid dengan lebih dekat lagi.Diharapkan agar institusi masjid akan terus berkembang pada masa akan datang demi menjana generasi gemilang pada masa hadapan.


RUJUKAN
Imam Haji Abdul Hamid bin Haji Awang.
Kariah masjid Sultanah Haminah